Jumaat, Oktober 19, 2012

'TUAH AYAM... TUAH MANUSIA...'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera, Sepertinya sudah lama blog ni tak di'update'. Apa khabar teman bloggers? Diharapkan semuanya sihat walafiat. Terima kasih pada yang sudi singgah di blog saya ni. Sekali sekala tu ada jugak saya menjenguk blog ni. Sekadar singgah sebentar, ibarat menziarah orang. Kali ni saya nak bercakap tentang mencari pekerjaan. Hmmm... 'Cari kerja....' Kerja boleh dicari, tapi nak cari kerja tetap dalam erti kata lain nak dapatkan kerja tetap tu, susah sikit. Kenapa ya? Daripada pemerhatian saya, orang dulu-dulu senang sangat nak dapat kerja. Meski taraf pendidikan tak seberapa, masih dapat kerja TETAP. Tak kisahlah orang tu cuma lulusan UPSR ke, SRP ke, SPM ke, kerja sentiasa menunggu. Berbeza dengan zaman sekarang, hatta yang ada BACHELOR DEGREE/IJAZAH SARJANA MUDA pun, kerja susah nak cari. Mungkin antara sebab sukar nak dapat kerja tetap ni adalah (1) Kelulusan tak sesuai dengan kehendak pasaran sekarang, (2) Sikap memilih; lebih kurang nak kerja yang sama dengan kos yang pernah diambil masa belajar dulu maknanya kalau dia degree, nak jawatan yang setaraf dengan kelulusannya, (3) Malas nak explore pekerjaan yang sedia ada, (4) Terlalu mengharap orang lain nak bagi maklumat tentang lowongan kerja, (5) dan lain-lain...hehe (takde idea la tu) Bila memikirkan tentang kesukaran ni, sukar la sangat...hihi, rasa nak sambung belajar la pulak. Mungkin bila sambung belajar nanti, rezeki nak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik tu ada kat situ. Insya Allah. Bak kata pepatah ni lah, 'TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA TAK SIAPA YANG TAHU'. Begitulah ceritanye. Tak banyak yang nak diceritakan buat masa ni. Al-maklumlah, saya ni bukannya suka sangat bercakap panjang lebar. Mana yang dirasakan penting/berfaedah/seronok nak dikongsi, barulah saya nak crita. Baiklah, setakat ni itu sahaja yang nak saya kongsikan dengan teman bloggers. Dalam kesempatan lain, kita jumpa lagi dengan input terbaru. Jumpa lagi dan Wassalam.

Selasa, Jun 19, 2012

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK PERINGKAT ZON UTARA TAHUN 2012

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia... Hai, apa khabar? How are you, guys? Alhamdulilah and thank to Almighty God that we can still meet together here @ my blog. Hehe... Speaking omputeh pulak ye... Hihi. Sekali sekala. Nak asah skit lingua franca saya ni. Lama dah tak cuba praktik tulis English ni. Hmm... lama dah tak update blog ni kan? Aik, tanya orang plak dia. Hehe.. Lama tu taklah lama sangat. Sesekali tu ada jugak menjenguk-jenguk kat blog ni. Saja nak tengok kalau-kalau ada info baru kan. Lebih-lebih lagi saya suka sangat kalau ada blog visitor yang datang blogwalking kat blog saya yang simple je ni. Apapun, terima kasih banyak and thanks alot sebab sudi singgah di sini. Tujuan saya update ni, sebenarnya ada sedikit cerita nak dikongsikan. Baru-baru ni saya dan beberapa orang rakan sepejabat yang lain mewakili pejabat kami ke Pertandingan Konvensyen KIK seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas tu ye... Nak taip panjang sangat. hihi... Bagi saya ini adalah penyertaan saya kali yang ke-2. Coz last year dah pernah join jugak. And for this year, was the first time for my colleagues. Nak cerita tentang perasaan join this konvensyen this year, memang seronok. Apa tak nye, semua sebaya je. Tapi, bukan sebab tu je, yang penting adalah KERJASAMA sepanjang kami dalam proses bertungkus-lumus nak menyiapkan projek kami tu. Fuhh... bersengkang mata dibuatnya. Gara-gara nak menyiapkan projek ni, kena buat overtime every night. Nak guna waktu pejabat memang tak boleh. Dengan kerja ofis lagi. Jadi kena la ber'OT'. Biarpun penat, asyik OT, yang seronoknya time claim ler... Paham sendiri la ye. (^_-)v Masa kat sana, memang peserta-pesertanya hebat-hebat belaka. Tak tipu naa.. Cek habaq betui-betui... Gemuruh jugak bila tengok dorang present projek masing2x.. Huhu.. Haa, bila sampai je giliran kitorang, wah... gemetaq rasa kepala lutut cek time tu.. Dok eh, bila masa plak. Tangan cek je yang getaq skit. Nervous la katakan. dipndekkan crita, dah abis present tu, fuhh,,, lega rasanya. lepas beban kami. Menang atau kalah kitorang tak fikir sangat. Yang penting kepuasan hati kerana kami dah buat yang terbaik. Itulah team kami yang sentiasa optimis. Biarpun tak menang, apa yang mustahak adalah APAPUN BENTUK PEKERJAAN YANG KITA BUAT (pekerjaan yang baik la ye) KENA SUNGGUH-SUNGGUH BAK KATA PEPATAH INI "GENGGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG" Thats all from me. See ya... Wassalam

Rabu, Februari 22, 2012

Because of the number>>> 22.2.2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lamanya tak update blog ni. Ade la 6 bulan lebih tak update. Sekali-skala tu ada jugak jenguk2 blog ni. Itu pun nak tengok kalau2 ada orang yang sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni.. hihi. Paling2 pun tinggalkan pesan kat chatterbox tu..Suka jugak bila ada yang komen +ve kat blog saya ni. Ada motivasi la jugak nak keep on blogging. ;)Sebenarnya saya pun tak tau nak tulis apa. Untuk tahun 2012 ni, bukan tak ada cerita yang nak dikongsikan. Ada... cuma belum ready lagi nak share something kat pembaca semua.. Untuk hari ni, hati saya tertarik nak menulis sebab tarikh hari ni cukup cantiklah bagi saya. Because of the number >>>>> 22.2.2012

Cantek kan... Nak menaip lagi rasa tak larat dah ni. Mata dah ngantok. Esok nak keja. Bulan ni memang banyak sangat keja. Tambah2 lagi dengan pengangihan BR1M ni. Tak menang tangan dibuatnya. Syukurlah ada kerjasama antara staff. Kalo tak, xtau la nak kata apa.

Oklah. Setakat ni dulu cerita saya. Selamat malam & jumpa lagi.

Ahad, Julai 24, 2011

Ukhuwah kan sentiasa indah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar teman-teman blog semua? Harap-harap agar teman-teman sentiasa dikurniakan kesihatan dan segala pekerjaan dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah S.W.T. Amin.

Bukan apa, adakalanya kita sudah merancang sebaik yang mungkin supaya sesuatu pekerjaan yang kita buat itu berjalan dengan baik dan tidak ada masalah. Namun, tidak semua yang dirancang akan terjadi seperti yang diharapkan. Apapun, yang penting kita berdoa semoga apa sahaja yang kita cuba buat dan akan lakukan berjalan dengan baik hatta di tengah-tengahnya nanti akan ada sedikit kesulitan tetapi hasilnya kelak adalah yang terbaik. Walaubagaimanapun, kunci untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan itu berjalan dengan baik adalah IKHLAS (iaitu pekerjaan yang memberikan munafaat kepada diri dan orang lain, dan yang paling utama adalah yang diredhai Allah) Bukan gitu? Kenapa kena ikhlas? Cuba kalau kita buat sesuatu sebab terpaksa. Cuba kalau awak dipaksa untuk buat sesuatu yang awak tak rela nak buat? Awak nak tak? Ke kalau pun awak buat, tapi awak menyumpah-nyumpah orang yang suruh awak buat keje tu. Awak mengata dia. Tak secara lisan, paling-paling pun marah dalam hati. Kemudian, timbul pula rasa sakit hati, benci, meluat, dan yang sewaktu dengannya dengan orang tu. Lepas tu, hubungan yang elok-elok sebelum ini, jadi keruh. Sorang ke utara dan yang sorang lagi ke selatan. Astaghfirullah al ‘azim. Cuba tengok dan kita perhalusi situasi ni, semakin lama semakin parah jadinya bukan.

Apapun, jangan terlalu ikut hati dan emosi, kelak binasa. Gunakan akal yang sihat, jiwa yang tenang, semoga segalanya menjadi yang terbaik dan ukhuwah kan sentiasa indah.

Fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah.

Sabtu, Februari 26, 2011

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

Petang ni, sambil aku sedang ber'blogwalking' di blog orang, terjumpalah aku dengan satu blog dalam entrinya bertajuk Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011. Setelah selesai membaca syarat-syaratnya, maka aku pun inginlah mencuba. Saja suka-suka. Walaupun blogku ini tidaklah secantik mana, atau seindah mana, tapi aku tetap ingin mencuba. Hehe. Pada masa yang sama tu, nak jugak meramaikan kenalan di blog aku ni. Sambil menyelam, minum air la katakan. (^_^)v Kalau ada yang sudi singgah ke blog ni, silakan. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Hihi. Jadi, kepada anda di luar sana sama ada pembaca-pembaca blog ini mahupun sekadar singgah sebentar sahaja, jomlah join pencarian ni ye.

TAG:

>> Abg Hafiz & Kak Izza
>> Mohd Khairul Aizuddin
>> Zukhairi
>> Anne's Online Shoppe
>> KeyNah




1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
2.Letak Header Hikayat Si Luncai
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan)
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam STICKY POST selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SUMBER DARIPADA:

http://sharmhassan.blogspot.com/2011/02/pencarian-blog-paling-hensem-dan-cantik.html

Jumaat, Februari 25, 2011

KISAH 2 IN 1

KISAH 1

Hari ini tidak kusangka akan terserempak dengan seorang teman sekerja di tempat aku mengajar dulu. Sudah lama tidak berjumpa dengannya. Pertama kali aku mengenalinya adalah sewaktu kami sama-sama menjadi guru yang mengawas dan mengajar murid-murid bertadarus di sebuah kelas tahun 2 semasa bulan Ramadhan tahun lepas. Di situlah perkenalan kami bermula. Pada mulanya aku sedikit malu-malu dengannya. Maklumlah dia seorang ustaz. Keramahannya membuat aku tidak berasa kekok apabila bercakap dengannya. Tetapi sudah lumrah yang aku ini seorang yang sedikit pemalu, menyebabkan dia terlebih dahulu yang memulakan bicara. Walaupun pada luarannya dia ini kelihatan serius. Bak kata pepatah orang putih, Don’t judge a book by its cover. Kenal dulu, baru tahu.

Pernah suatu hari semasa kelas tadarus di kelas tersebut, semasa bulan puasa, biasanya murid-murid dikehendaki menghafaz surah-surah lazim yang biasa dibaca semasa kelas ini berlangsung. Maka, dengan tegasnya ustaz ini tadi pun memberi arahan supaya mereka menghafaz surah-surah tersebut esok hari. Tiba-tiba murid-murid di kelas itu mentertawakannya. Aku pula yang memang sukar menahan ketawa, turut sama mentertawakan ustaz tadi. Aku pun mengagak mungkin ustaz ini lupa bahawa esok cuti umum. Ustaz itu pun hairan dan mukanya mula berubah serius. Rupa-rupanya sangkaanku benar. Ustaz itu terlupa bahawa esoknya cuti. Ustaz itu hanya mampu tersenyum menahan malu. Aku pula masih menahan ketawa. Lain pula murid-murid di kelas itu yang masih tidak henti mentertawakannya. Kasihan dia. Segarang-garangnya pun, terkantoi jugak. Hihi.

KISAH 2


Ingin aku perkenalkan seorang guru yang telah menjadi teman baikku semasa di sana. Aku memanggil beliau Cikgu Noraini. Beliau sudahpun berumah tangga dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata. Suaminya merupakan mantan guruku semasa aku belajar di sebuah sekolah rendah di bandar ini dahulu. Memang tak dapat dinafikan yang Cikgu Noraini ini seorang yang sangat baik dan mengambil berat. Hari pertama aku melapor diri di sekolah itu, sebaik beliau terjumpa aku semasa di ruang pejabat, terus aku dipeluknya. Gembira melihat aku di sana. Aku merasa seperti anaknya ketika itu. Keramahannya itu membuat aku semangat meneruskan hari pertama mengajar di sekolah tersebut. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan jika aku memerlukan. Apatah lagi kata-kata nasihat dan semangat yang sering diberikan untuk aku meneruskan hari-hariku di sekolah. Kerana tidak dinafikan di mana-mana sahaja kita berada akan ada perkara yang akan mencabar minda dan fizikal diri kita. Di samping itu, tidak dinafikan bicara tentang soal hati dan perasaan adakalanya menjadi topik perbualan antara kami berdua. Biar kusimpan saja kisah itu.
Terima kasih kuucapkan pada Cikgu Noraini kerana sudah menjadi teman baikku hingga hari ini. Yang telah sudi berkongsi cerita dari hal-hal melibatkan pekerjaan sehinggalah cerita hati dan perasaan.

Hari terakhir mengajar, timbul rasa sedih untuk meninggalkan mereka. Apa tidaknya, terlalu banyak kenanganku bersama mereka. Dari sepahit-pahit ke semanis-manis kenangan. Tapi, kenangan manis tetap mengatasi segala kenanganku di sana. Meskipun aku tidak sempat berkongsi kejayaan bersama-sama dengan murid-muridku yang berjaya dalam keputusan UPSR tahun lepas, aku di sini tetap meraikan kegembiraan itu walaupun tanpa mereka. Semoga mereka menjadi anak-anak yang berjaya dan berguna pada agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Ilalliqa’…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~ex-teacher~

Kerana engkau terlalu istimewa...



" Kerana dirimu terlalu baik untuk diriku, kerana dirimu juga terlalu istimewa dalam hidupku, maka terpaksa aku melepaskan cintamu. Maafkan diriku kerana mengakhiri kisah cinta kita ini."

Adakalanya kita akan melalui situasi percintaan sebegini apabila salah satu pasangan merasakan bahawa dirinya seolah-olah tidak layak untuk memiliki cinta insan yang disayanginya. Pelbagai alasan yang boleh menyebabkan kita terpaksa membuat keputusan berat itu untuk mengundurkan diri. Inilah saat-saat yang akan menjejaskan hubungan antara kedua-duanya. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Meski dengan berat hatinya kita terpaksa melepaskan insan yang disayangi. Maka timbullah pelbagai persoalan yang bermain-main dalam minda dan perasaan. Mengapa harus terjadi perpisahan ini? Terlalu sakit dirasakan, pabila orang yang dicintai selama ini memilih untuk mengundurkan diri daripada hubungan cinta yang telah dibina sekian lama. Luluh rasanya hati ini seperti kaca yang jatuh berderai ke bumi.

Namun, hormatilah keputusannya. Jangan sesekali memaksa dirinya untuk menerima cintamu. Biarkanlah dia pergi. Pergi membawa cintamu. Kemana saja yang dia mahu. Semoga cintamu itu kan menjadi 'teman'nya yang paling dia cinta. Begitupun dirimu, akan terus mencintainya, menyimpan cintanya biar tersemat kukuh di dalam hidup dan hatimu. Dan, apabila sampai waktu, mungkinkah kan bertemu kembali... Namun adakah ia akan seperti dulu yang pernah engkau kenali?

Sekiranya engkau kecewa dalam percintaan, janganlah biarkan kekecewaanmu itu berpanjangan. Bukakanlah hatimu untuk menerima hakikat itu. Berlapang dadalah dengan ujian yang diberikan oleh-Nya padamu. Mungkin itulah yang terbaik di sebalik duka yang mengiringimu. Tidak semua yang kita inginkan dapat kita miliki. Adakalanya ia akan hilang begitu sahaja dan adakalanya terpaksa kita lepaskan biarpun pahit dirasakan.

Bukakanlah juga hatimu untuk insan yang mungkin pernah menyimpan perasaan pada dirimu. Janganlah engkau tutup pintu hatimu itu kerana kekecewaan yang pernah bersarang di hatimu terhadap insan yang pernah bertakhta di hatimu dulu. Semoga engkau dipertemukan dengan insan yang terbaik dalam hidupmu. Andai pertemuan dan perpisahan itu berlandaskan syariat dan kerana-NYA semata-mata, engkau takkan pernah rasa kecewa. Melainkan cinta itu adalah kerana nafsu semata. Na'uzubillah.
Seandainya berputik rasa cinta kembali dalam diriku ini, kuharapkan cinta berlandaskan keimanan dan kerana-MU, Ya Rabbi. InsyaALLAH.


p/s: Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga dibuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

*This kind of story/article was kindly dedicated to someone's request. To that person, I am sorry if there's any kind of words that may annoy you.

Selamat membaca.