tag:blogger.com,1999:blog-72080784918959863552024-03-14T15:02:50.240+08:00KEMBARA ANAK PERANTAUJangan disesali dengan pengalaman pahit dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan TuhanKembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.comBlogger18125tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-37003852781358630142011-02-23T21:55:00.018+08:002011-03-04T01:47:32.756+08:00Alamak, malunya aku!Dalam entri kali ini ingin aku kongsikan sebuah cerita lucu di suatu malam di tempat aku bekerja. Begini kisahnya. Malam itu adalah giliran kumpulan A bertugas di bilik gerakan yang baru sahaja beroperasi selama empat hari termasuk hari di mana aku bertugas pada malam tersebut bersama dengan seorang lagi staf wanita di pejabat itu. Ketika hendak memulakan cerita ini, aku akan tergelak seorang diri kerana mengingat peristiwa yang memalukan sedikit hingga terbawa-bawa ke dalam tidur...ish, ish, ish (sampai mcm tu skali)
Maka dimulakanlah cerita. Selepas menunaikan solat maghrib, aku dihantar ayah ke pejabat untuk memulakan tugas pada malam itu. Setibanya aku di bilik gerakan, di situ kulihat ada beberapa orang yang telah sampai awal dan melakukan kerja masing-masing. Seperti biasa, 'hotline' bilik gerakan yang beroperasi pada malam itu tidaklah sesibuk mana jika dibandingkan pada siang hari. Maka dipendekkan sedikit ceritanya, setibanya aku di sana aku duduk bersembang dengan seorang staf wanita yang sama-sama bertugas denganku malam itu yang ingin kukenalkan sebagai Kak P sahaja. Kak P memang seorang yang sangat peramah dan pandai bercerita. Tambah-tambah lagi dia seorang yang kuat ketawa. Kira dia tu, cerialah orangnya. Hehe. Sambil-sambil bercerita, perut pula terasa lapar. Nasib baiklah makanan untuk malam tu dah ditempah awal. Jadi dalam jam 8 lebih tu makanan sudahpun sampai. Kami di bilik tu pun mulalah menjamu selera. Sedap bebeno menu malam tu. Ada ayam masak merah lagi. Makanan kegemaran aku. Terbukalah selera aku malam tu. Selesai sahaja makan, kami kembali melakukan kerja masing-masing.
Sekitar jam 9 malam, bos ku yang hanya ingin aku kenalkan sebagai En. K telah memberi arahan sekiranya tidak ada apa-apa panggilan pada malam itu, kami dibenarkan balik awal. Dan beliau terpaksa keluar awal bersama-sama dengan seorang staf atas urusan kerja. Jadi, aku dan yang lain pun menunggu di bilik itu sekiranya ada apa-apa panggilan masuk. Sementara menanti, aku dan Kak P keluar dari bilik gerakan menuju ke bilik pejabat untuk bersembang dengan seorang pegawai wanita yang kebetulan menginap di bilik pejabat pada malam itu. Namanya aku tak begitu pasti. Tapi tak perlulah rasanya disebutkan namanya siapa. Selesai sahaja bersembang, kami pun keluar menuju semula ke bilik gerakan. On the way hendak ke bilik gerakan, terserempak pula dengan En. A. Seorang PPT. Dia menegurku, aku pun membalas tegurannya semula. Baik orangnya. Dan, disebabkan lampu tangga pejabat tak berapa nak terang atau a.k.a malap malam tu, aku tak nampak dengan jelas seorang lagi rakan yang datang bersama-sama dengan En. A tadi. Yang aku tahu, aku melihat dengan sekilas pandang sahaja lalu terus masuk ke bilik gerakan. Bersembang lagi dengan En. A. Rakannya pula aku tak pasti di mana. Mungkin duduk di luar. Bersembang-sembang agaknya dengan yang lain. Ok, ok, kita sambung cerita kita.
Di mana dah aku tadi. Banyak melalut pulak aku kan. Kata nak pendekkan cerita, tapi yang ni dah terlebih dah. Hii... Jangan mare ek. Tak lama kemudian, telefonku berdering. Eh! bukan. Telefon bilik gerakan yang berbunyi. Hihi. Saja je. Nak melambatkan cerita. Adoii. Kalau macam ni, bila la cerita ni nak habis. Asyik dok melalut je. Cepatlah abiskan cerita tu. Ok, Ok. Cerita diteruskan. Di sinilah part yang bagi aku memang memalukan diriku pada malam itu. Kalau ikutkan hati, rasa nak sorok je muka ni kat mana-mana. Asalkan orang yang akan aku ceritakan di sini tak nampak muka aku. Sebab aku memang dah terlalu malu malam tu. Hinggakan hari-hari seterusnya pada hari berlangsungnya Program Sejiwa Senada yang diadakan baru-baru ini, jika aku ternampak beliau, mahu sahaja aku mengelak ataupun buat-buat tak tahu. Hai, sampai tahap tu peristiwa malam tu memberi kesan padaku.
Jam hampir menunjukkan pukul 10 malam. Dalam sekitar pukul 9.50 malam, telefon berbunyi. Panggilan dari bosku. Meminta aku menelefon En. E untuk meminta pengesahan lanjut tentang tetamu kenamaan yang tidak jadi check in hotel pada hari sepatutnya beliau check in. Tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tetamu kenamaan tersebut tidak dapat berbuat demikian. Selepas mendapatkan maklumat daripada En. E, aku diminta untuk menelefon seseorang yang namanya M (tak perlu disebut agaknya nama sebenar M ni kan).Betul tu. Tak perlu. Hehe. Ketika hendak mendail nombor hp M ni tadi, aku agak confuse adakah orang ini seorang wanita ataupun lelaki? Kerana nama membuat aku jadi keliru. Apatah lagi tidak diletakkan gelaran di depan namanya. Misalannya, Encik ke, Puan ke, Cik ke. Jadi, tidaklah aku kebingungan malam tu. Tapi apa boleh buat, dah nama je yang ada, aku mulalah mendail nombor hp beliau. Sementara menunggu panggilanku dijawab, aku berkata-kata dalam hati, jika orang bernama M ini tadi perempuan, maka aku akan panggil Puan/Cik dan sekiranya lelaki sudah tentunya Encik lah kan. Bukan begitu.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara.....jeng jeng jeng. Cuba teka. Dugaanku benar, kedengaran suara seorang lelaki. Ya, betul. Jadi, aku pun segera memanggil beliau sebagai En. M. Dipendekkan cerita, aku pun menjelaskan perkara yang telah disampaikan oleh En. E padaku melalui perbualan telefon tadi kepada beliau. Agak takut-takut jugak aku bercakap dengan En. M masa tu. Tapi aku tetap memberanikan diri untuk bercakap dengannya. Kemudian...bersambung di perenggan baru. Hihi
Setelah selesai berbual bicara melalui telefon dengan En. M, sekali lagi aku menelefon En. E untuk mendapatkan sekali lagi kepastian tentang masalah yang timbul berkaitan bilik hotel yang telah ditempah untuk tetamu kenamaan yang tidak jadi check in pada hari itu. Jadi sedang aku sibuk bercakap dengan En. E, kelihatannya En. A baru sahaja masuk ke bilik gerakan bersama dengan rakan beliau yang tidak aku cam ketika di tangga tadi. Masih lagi aku melanjutkan perbualan di telefon dengan En. E berkenaan perkara tadi. Tetiba, rakan En. A tadi, duduk di kerusi yang terdapat di sebelah kananku. Beliau memandang aku, aku pun ikut memandang beliau. Tapi, pandangan beliau tadi kelihatannya agak serius. Mungkin ada sesuatu yang ingin dibicarakannya. Selesai sahaja berbual dengan En. E, rakan En. A tadi pun mula memulakan bicara. Beliau menyatakan tentang bilik hotel yang ditempah untuk tetamu kenamaan itu masih lagi kekal tidak diberikan kepada tetamu lain. Wah, senangnya hatiku mendengar berita gembira itu. Syukur masalah sudah selesai untuk malam itu.
Maka, tibalah ke kemuncak akhir cerita di mana inilah saat-saat yang akan aku ingat tidak tahu sampai bila. Sampai bila la agaknya ye..? ;-)
Apabila selesai sahaja perkabaran gembira daripada rakan En. A tadi berkenaan bilik hotel tersebut, aku pun dengan perasaan yang terlalu excited kata orang dan yakin sekali, hendak memberikan kabar gembira itu kepada En. M tadi. Izinkan aku menyelitkan sedikit dialogku pada malam itu:
'Ok, kalau macam tu, saya nak call En. M,lah.' kata-kata ini aku tujukan kepada En. A yang kebetulan berdiri di sebelahku. Dengan tak semena-mena, En. A tiba-tiba mentertawakanku. Kenapa pulak En. A ketawakan aku? Hurmm?? Lalu berkatalah En. A sambil ketawa besar padaku, yang lebih kurang berbunyi 'Buat apa nak call, ya orangnya sebelah kitak ya!'
Apa????? Rupa-rupanya orang yang duduk berbual di sebelahku tadi dan rakan yang datang bersama En. A tadi adalah EN. M sebenarnya. Malunya aku! Semalu-malunya. Hingga hampir saja aku hendak keluar daripada bilik gerakan itu. Kebetulan ramai pula yang berada di bilik gerakan tersebut malam tu, jadi semuanya berpakat mentertawakan aku beramai-ramai. Ish...ish..ish. Hinggakan ayahku yang turut sama ada di bilik tu pun, mentertawakanku. Apalah nasib. Manakala, reaksi En. M tidakku tahu bagaimana. Nak tak nak, aku control malu malam tu. Hinggakan aku hampir terlupa hendak menyampaikan pesanan akhir tentang details yang perlu aku sampaikan pada En. M sebelum pulang. Aku segera hendak bergegas pulang sebab malu makin menjadi-jadi. Dan, setibanya di rumah, selesai sahaja solat Isya', dan ketika hendak tidur pun, aku masih tergelak sendiri mengingat peristiwa yang memalukan aku malam itu. Malu semalu-malunya aku tak terkata. Aduh2x.
Walaupun peristiwa pada malam itu sudah lebih 2 minggu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatanku. Kalau di'refresh' balik ceritanya, confirm aku gelak. Haha. Bahkan aku akan tertawa sendirian jika teringat kembali peristiwa malam tu. Jadi, sebelum aku mengakhiri cerita ini, ingin sekali aku kongsikan satu pengajaran bahawa, sebelum kita bercakap dengan seseorang, perkenalkanlah diri anda dahulu. Hehhe...
Setakat di sini saja dahulu, kita bertemu di entri akan datang.
Salam malu-malu dari;
Cik D.
Assalamualaikum buat pembaca yang budiman,
Tidak terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambut hari berbahagia ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf andai ada kekasaran bahasa sewaktu menulis blog ini. Harap dapatlah dimaafkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih indah dan menggembirakan lagi jika hari ini disambut bersama-sama ahli keluarga tercinta. Namun, pada tahun ini saya hanya dapat meraikan hari raya bersama-sama dengan sanak-saudara iaitu keluarga sepupu di Pulau Pinang. Walaupun sedikit sayu dan sedih kerana tidak dapat menyambut raya bersama dengan keluarga di kampung halaman, namun saya tetap bersyukur dan gembira kerana masih ada keluarga di sini yang membuatkan saya seolah-olah berada bersama keluarga sendiri. Semoga syawal seterusnya dapat saya raikannya bersama keluarga tercinta nun jauh di sana. InsyaAllah.
Puisi khas yang kucipta sendiri untuk blogku 'KEMBARA ANAK PERANTAU'...
Assalamualaikum warahmatullah & salam sejahtera pembaca budiman sekalian,
Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dalam lembaran baru di bulan ramadhan yang mulia ini. Sedar tak sedar kita sudah pun melalui 14 hari ibadah puasa di bulan mulia ini. Dalam bulan ramadhan ini, kita bukan sahaja digalakkan untuk memperbanyakkan amalan seperti solat tarawikh, bertadarus, bahkan juga melakukan ibadah-ibadah sunat lain seperti membaca al-quran, solat sunat, berzikir dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam bulan ini juga adalah sebaik-baiknya jika amalan bersedekah itu juga turut sama dilakukan. Satu hari , semasa di bazar ramadhan, saya melihat dua orang insan yang sudah tua sedang meminta sedekah dalam kesesakan orang ramai yang sedang sibuk mencari juadah untuk berbuka puasa.Sebaik sahaja terpandang wajah orang tua ini, hati saya sedih, terkilan dan juga malu kerana bagi saya mereka ini sepatutnya dan selayaknya berada bersama-sama dengan ahli keluarga di rumah, mungkin tengah bersembang bersama, berjalan bersama, atau makan bersama. Namun sebaliknya, inilah yang berlaku. Hampir saja air mata saya menitis ketika menyaksikan keadaan itu. Tetapi, apakan daya? Hanya perasaan simpati saja yang mampu terbit dari hati saya ini. Namun, saya hulurkan sedikit wang untuk mereka. Tidak tergamak rasanya untuk melihat ada insan yang kelaparan sedangkan saya dan kita semua sedang enak menikmati juadah yang kita beli tanpa kita sedari bahawa masih ada insan yang terpaksa berpuasa setiap hari...Oleh itu, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang kita perolehi kerana kita hanya berpuasa sebulan (dan masih ada makanan untuk dimakan) sedangkan masih ada insan lain yang terpaksa berpuasa setiap hari (sepanjang tahun) tanpa makanan paling tidak terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sama-samalah kita renungkan.
KENAPA AKU DIUJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3...............
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST ?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI !!!
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..
Sumber: Hamba AllahKembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-3136496965767178872009-07-24T20:52:00.003+08:002009-07-24T21:27:55.776+08:00~Rezeki 2009~Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua,
Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Hampir 3 bulan lebih juga ya blog ini tidak di'update'. Semenjak dari hari terakhir saya menulis tentang pemergian arwah nenek saya, di situlah saya tak mengirim apa-apa posting lagi. Kali ini, saya ingin berkongsi berita gembira. Alhamdulillah, mungkin tahun ini adalah rezeki buat kakak dan abang saya. Berita gembira mengenai kakak sulung saya ialah dia telah diterima untuk belajar di Kolej Masterskills walaupun telah mempunyai 3 orang cahaya mata yang semuanya jejaka comel, yang kini di bawah jagaan ibu dan ayah saya. Manakala abang saya pula telah berjaya dalam temuduga polis yang lalu dan pada 1 Ogos depan dia akan melaporkan diri di Pulapol Kuala Lumpur. Tahniah buat mereka berdua. Akhirnya, usaha, doa dan kesabaran selama ini dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah. Inilah hikmahnya jika kita sentiasa bersabar. Yang pahit akhirnya akan menjadi manis jika sikap ini sentiasa diamalkan. Walaupun adakalanya, kita mungkin tergugat kerana menurut kata hati yang terlalu menekan dan memaksa kita untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kehendak diri. Dan, InsyaAllah juga, rezeki akan datang buat ibu dan ayah saya nanti. Semoga Allah memberkati rezeki yang dikurniakan olehNya buat kami sekeluarga. Amiin.
A DAD'S SOMEONE TO TURN TO
WHEN YOU NEED A HELPING HAND -
HE'S SOMEONE YOU CAN COUNT ON
TO ADVISE AND UNDERSTAND -
A DAD'S SOMEONE TO LAUGH WITH,
SOMEONE KIND, WHOSE SMILING FACE
CONVINCES YOU THAT NO ONE ELSE
COULD EVER TAKE HIS PLACE!
FOR ALL YOUR LOVE AND KINDNESS, DAD,
FOR ALL YOUR THOUGHTFUL WAYS,
FOR ALL YOUR HELP AND GOOD ADVICE,
FOR EVERY WORD OF PRAISE,
FOR DOING ALL THE SPECIAL THINGS
THAT YOU FIND TIME TO DO,
THIS MESSAGE BRINGS A WORLD OF THANKS
AND LOTS OF LOVE TO YOU!
"ANYONE CAN BE A FATHER, BUT IT TAKES A SPECIAL MAN TO BE A DAD."Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-70645569588673380212008-10-30T20:57:00.004+08:002008-10-30T21:10:45.392+08:00THANK YOU MOMThank You MOM,
Thank You For Enduring The Unedurable,
For Making Something Out Of Nothing,
For Giving When Your Pockets Were Empty,
For Loving Us When We Were Totally Unlovable,
Thank You For Earning The Money To Raise Us,
Thank You For All My Lunch Bags,
Thank You For Making Chicken Pox And Measles Not So Bad At All,
Thank You For Always Being There When I Need You.Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-75646017486206302882008-09-12T18:05:00.002+08:002008-09-13T11:55:09.266+08:00Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-AndalusyAl-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy
Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.
Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya.
Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaAllah tempatmu di Syurga."
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.
"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."
Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.
"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati.
Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.
"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini." Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.
Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan.
Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... " Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak
memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."
Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... " Ia pun menangis keras,
tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.
Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi...aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.
Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyhadu anla Illaahaillallah, wa asyhadu anna Muhammad Rasullullah... '. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.
Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya... "
Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.
Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)
Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...
"Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad."
Dari : Al-ManahilKembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-77528464556871439752008-09-08T11:29:00.000+08:002008-09-08T11:36:43.805+08:00Perasaan Ayah dan IbuAssalamualaikum
Tuan Puan Budiman
Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita. Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu.
'Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak', katanya pendek.
'Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang dia. Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang. Tak juga dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja besar, orang besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia. Hidup makcik taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah esok, entah lusa, makcik tak de'.Ibu tua itu terdiam lama.
Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati, terkilan akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait dengan hal anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh tanggungjawab, kini sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang sudah berkeluarga, punya isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah miliki kehidupan sendiri. Namun, mungkin dek kerana sibuk dengan kerjaya, keluarga dan tuntutan kehidupan kini, ada adab-adab terhadap ibubapa yang kita abaikan, ada cacat cela yang tumbuh dalam hubungan kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan itu, hati dan perasaan halus ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu ayah seakan terbiar sepi dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang sukar orang lain nak faham.
Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih hebat sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga. Kadang-kadang kita terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa semua dah ok. Makan minum ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal bagus? Kira ok dah? Tetapi jauh di sudut jiwanya, mungkin ada kekosongan yang tidak terisi dengan perkara makan dan minum, mungkin ada nilai kasih sayang dan hormat yang kita abaikan pada mereka?
Bagaimana Sikap Kita?
Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal ini. Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah.. Hal ini amat penting kerana :
1. Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Redha Ibubapa pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu letaknya di bawah tapak kaki ibu.
2. Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil usia tua ibu ayah dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan ambil tempat kita. Kita akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita berada di tempat mereka.
3. Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok saja. Tak payah diajar, mereka akan ikut semuanya dan tanamkan dalam memori mereka. Waktu kita dah tua nanti, mereka ulangi saja.
Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan ini jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada tuntutan dan tanggungjawab yang perlu kita buat. Selagi ada nyawa, ada kesempatan, ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita boleh usahakan sesuatu.
Artikel untuk terjemahan coursework COMPUTER AIDED-TRANSLATION.Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-2941026619790718402008-09-06T14:20:00.002+08:002008-09-06T14:26:30.943+08:00Lelaki Bernama AyahKenapa ayah,
Jarang kau berbicara tentang hatimu
Susah benar mendengar suara tangismu
Amat payah melihat ukir tawamu
Mungkin betul madah melayu
Mulut lelaki di hati
Apa saja dilalui
Apa saja didepani
Tak pernah kau mengelak
Takkan sekali kau berundur
Tangis kami kau redakan
Gelisah hati kami kau leraikan
lara kami bahagia gantianmu
Sungguh ayah,
Tiada ketakutan tika kau di sisi
Takkan kami kau biar bersusah
Hingga kekadang kami sendiri terlupa
Bahawa kau jua manusia biasa
Pastinya punya hasrat dan harapan
Yang ingin anak-anakmu ini penuhi
Katakanlah ayah
Bahawa kau ingin dilindungi dan disayangi
Ingin dipeluk dan diberi manja
Malah makin menganjak usiamu
Makin lembut hati kecilmu
Maafkan kami ayah,
Kami alpa
Kami kalut mengejar cita-cita
Tika kau rindukan hangat mesra sentuhan kami
Kami diasak kerja yang tiada sudah
Tika kau mengadu sakit peningmu,
Kami berlapang dada
Kerana pada akal kami
Kau bijak bertindak sendiri
Sedangkan kami abaikan kata hati
Bukan ubat penawar sakitmu
Tapi suara kami pengubat rindumu
Bukan istana mewah buat takhta seorang diri
Tapi pondok kecil berisi gelak tawa kami
Maafkan kami ayah,
Kami terlupa lagi
Dalam diammu,
Aku tau hatimu seringkali berombak
Acapkali dilambung gelombang
Namun tak terlihat air jernih menitis di pipi tuamu
Hanya wajah mendungmu pantulan luahan nurani
Engkau tidak pandai berbicara manis
Apatah lagi bermadah pujangga
Namun setiap janjimu tak pernah kau mungkiri
Engkau tak pandai menyatakan
Namun dari setiap gerak gayamu
Aku teramat mengerti
Segalanya memancar kasih dan sayang
Kenapa ayah?
Kenapa tak pernah kau luahkan kegusaran jiwamu
Tak pernah terdengar sedu pilumu
Mengapa ayah?
Sakit dan lelahmu tak pernah kau jaja pada anak-anakmu ini
Agar permata hatimu ini mengerti?
Mengapa ayah?
Langkahmu yang makin tak berdaya itu kau sembunyikan
Lalu kau gagahkan jua walaupun dalam kepayahan
Maafkan kami ayah
Kami masih tak mengerti ketika itu
Kerna sirna dengan kemelut arus
Kini, izinkanlah anakmu ini menyuluh tiap jawaban
Membuka rahsia yang terpendam di ruang rasamu
Kenyataan yang melambangkan betapa kasihnya engkau pada kami
Cinta tulusmu yang hanya bisa dihitung Illahi
Tak terbalas walau sepanjang hayat dirimu kujaga dan kumanja
Segalanya kau lakukan
Segalanya kau sembunyikan
Segalanya kau teruskan
Hanya kerana kau bernama lelaki
Lelaki yang kasar tangannya demi memenuhi keinginan seorang anak
Lelaki yang terkunci bibirnya bila melihat senyum bahagia seorang isteri
Lelaki yang tergalas dibahunya berat imbalan balasan dunia akhirat.
Hanya kerana itu kau tiada masa melayan hatimu
Walaupun kekadang rasa resah membadai di jiwamu
Hanya kerana itu kau abaikan rajuk hatimu
Walau kekadang kau ingin benar dipujuk
Segalanya hanya kerana kau bernama LELAKI?
LELAKI yang kami gelar AYAH?.
Maafkan kami ayah?
17 September 2006
UNIMAS
AD
"Dengan nama Allah yang bersamaNya tidak celaka sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit. Dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
Keutamaan doa ini:
Pada 31 Ogos 2008 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM), telah turun padang untuk sama-sama menyertai hari perarakan kemerdekaan yang telah diadakan di Queensbay. Perarakan persatuan ini telah diketuai oleh Prof Madya Ar Dr Abdul Majid Bin Ismail selaku penyelia PSSCMUSM. Pemegang sepanduk ialah saudari Ani iaitu exco PSSCMUSM untuk sesi 2008/2009. Manakala, panji-panji telah dibawa oleh saudara Din (bendera Pulau Pinang), saudara Azlizal (bendera Malaysia) dan saudara Azim (bendera PSSCM). Semoga kemerdekaan yang kita kecapi hari ini akan berkekalan hinggalah ke masa hadapan. InsyaAllah. Bersama-samalah kita memelihara kedaulatan negara kita yang tercinta ini.Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-87724648019800124052008-09-02T17:02:00.002+08:002008-09-04T18:13:29.060+08:00IBUKU SEORANG PEMBOHONGIbuku seorang pembohong ??? Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Emel ni tlh dikirimkn oleh slh seorang member group ke lagu-nasyid groups.
HAYATILAH...Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-53712600364938518152008-08-30T14:57:00.000+08:002008-08-30T15:02:10.227+08:00PETUA KESIHATAN...Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T... .. Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-
1. Susu dgn ikan
2. Cuka dgn susu
3. Buah-buahan dgn susu
4. Daun salad dgn ikan
5. Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dgn daging kering
7. Benda masam dgn benda berasid seperti cuka
8. Cuka dgn nasi
9. Buah delima dgn serunding
10. Telur dgn ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!
Perkara yg perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya drp cara pemakanan diatas)
2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengahari.
4. Jangan makan buah selepas makan.
5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8. Makan sedikit waktu malam (awet muda,sunnah nabi)
9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.
(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor Ust Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Tarmizi & Ibn Hibban)Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-22534082773804121122008-08-26T18:30:00.002+08:002008-08-26T18:36:09.435+08:00RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAMRAHSIA PERSONALITI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna,walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik & selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia x suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat.Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani & nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian & tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras & tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri & bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat & sentosa.
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat & rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya & mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia x suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, & dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebih atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-37087930327432361382008-08-26T18:24:00.001+08:002008-08-26T18:28:49.506+08:00Rahsia Tandatangan Anda1. Satu garisan di bawah tandatangan
* Seorang yang sangat yakin * Ada personaliti yang hebat * Agak selfish * Percaya yang kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
2. Dua titik di bawah tandatangan
* Anda romantik * Mudah tukar pasangan macam tukar baju * Memilih kecantikan ( bagi lelaki )* Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik ( bagi wanita )* Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
3. Satu titik di bawah tandatangan
* Anda kelihatan mudah & tenang * Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai ( dikhianat )
4. Tiada garisan / titik di bawah tandatangan
* Enjoy dengan hidup anda * Ikut gaya & cara anda sendiri * Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
5. Tandatangan yang tak ada kaitan dengan nama
* Anda sentiasa berusaha supaya smart * Suka berselindung * Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup * Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
* Anda cerdik tapi kurang nak berfikir * Anda cepat menukar pandangan & idea
7. Tandatangan huruf satu-satu, tak bersambung
* Seorang yang sangat prihatin * Tak pentingkan diri sendiri * Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain * Seorang pemikir * Seorang yang mudah serik
8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
* Seorang yang sangat baik * Boleh seimbangkan diri dalam apa jua keadaan / dengan siap jua anda berurusan * Tegas dengan pendapat sendiri * Ada semangat yang tinggiKembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7208078491895986355.post-28760733291199061992008-08-26T18:15:00.002+08:002008-08-26T18:23:15.819+08:00Gerak Jari Singkap Rahsia DiriGerak Jari Singkap Rahsia Diri
Memicit atau memgang hidung
1- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan. Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai. ·
2- Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri. Pentingkan diri sendiri. Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat ·
3- Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi. Pandai berjenaka. Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati. Jenis open minded ·
4- Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain. Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja·
5- Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara. Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati ·
6- Memintal hujung rambut
Suka berkhayal. Sukar diperdayakan. Keras kepala ·
7- Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya. Suka mendengar masalah teman2. Setia dlm persahabatan ·
8- Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri. Peramah. Suka bergantung pada orang lain ·
9- Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang. Suka berterus terang dan tidak suka ckap berbelit2. Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu ·
10- Memutar cincin
sangat menepati janji. berhati2 dlm tutur kata. gemar hidup yang teratur .Kembara Anak Perantauhttp://www.blogger.com/profile/07943803925995207905noreply@blogger.com0