Jumaat, Julai 24, 2009

~Rezeki 2009~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua,

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Hampir 3 bulan lebih juga ya blog ini tidak di'update'. Semenjak dari hari terakhir saya menulis tentang pemergian arwah nenek saya, di situlah saya tak mengirim apa-apa posting lagi. Kali ini, saya ingin berkongsi berita gembira. Alhamdulillah, mungkin tahun ini adalah rezeki buat kakak dan abang saya. Berita gembira mengenai kakak sulung saya ialah dia telah diterima untuk belajar di Kolej Masterskills walaupun telah mempunyai 3 orang cahaya mata yang semuanya jejaka comel, yang kini di bawah jagaan ibu dan ayah saya. Manakala abang saya pula telah berjaya dalam temuduga polis yang lalu dan pada 1 Ogos depan dia akan melaporkan diri di Pulapol Kuala Lumpur. Tahniah buat mereka berdua. Akhirnya, usaha, doa dan kesabaran selama ini dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah. Inilah hikmahnya jika kita sentiasa bersabar. Yang pahit akhirnya akan menjadi manis jika sikap ini sentiasa diamalkan. Walaupun adakalanya, kita mungkin tergugat kerana menurut kata hati yang terlalu menekan dan memaksa kita untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kehendak diri. Dan, InsyaAllah juga, rezeki akan datang buat ibu dan ayah saya nanti. Semoga Allah memberkati rezeki yang dikurniakan olehNya buat kami sekeluarga. Amiin.

Jumpa lagi.

Tiada ulasan: