Jumaat, September 04, 2009

Bersyukurlah [SELAMAT BERPUASA]


Assalamualaikum warahmatullah & salam sejahtera pembaca budiman sekalian,

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dalam lembaran baru di bulan ramadhan yang mulia ini. Sedar tak sedar kita sudah pun melalui 14 hari ibadah puasa di bulan mulia ini. Dalam bulan ramadhan ini, kita bukan sahaja digalakkan untuk memperbanyakkan amalan seperti solat tarawikh, bertadarus, bahkan juga melakukan ibadah-ibadah sunat lain seperti membaca al-quran, solat sunat, berzikir dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam bulan ini juga adalah sebaik-baiknya jika amalan bersedekah itu juga turut sama dilakukan. Satu hari , semasa di bazar ramadhan, saya melihat dua orang insan yang sudah tua sedang meminta sedekah dalam kesesakan orang ramai yang sedang sibuk mencari juadah untuk berbuka puasa.Sebaik sahaja terpandang wajah orang tua ini, hati saya sedih, terkilan dan juga malu kerana bagi saya mereka ini sepatutnya dan selayaknya berada bersama-sama dengan ahli keluarga di rumah, mungkin tengah bersembang bersama, berjalan bersama, atau makan bersama. Namun sebaliknya, inilah yang berlaku. Hampir saja air mata saya menitis ketika menyaksikan keadaan itu. Tetapi, apakan daya? Hanya perasaan simpati saja yang mampu terbit dari hati saya ini. Namun, saya hulurkan sedikit wang untuk mereka. Tidak tergamak rasanya untuk melihat ada insan yang kelaparan sedangkan saya dan kita semua sedang enak menikmati juadah yang kita beli tanpa kita sedari bahawa masih ada insan yang terpaksa berpuasa setiap hari...Oleh itu, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang kita perolehi kerana kita hanya berpuasa sebulan (dan masih ada makanan untuk dimakan) sedangkan masih ada insan lain yang terpaksa berpuasa setiap hari (sepanjang tahun) tanpa makanan paling tidak terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sama-samalah kita renungkan.

~K.A.P~D.N.A.J*

Tiada ulasan: