Sabtu, Ogos 30, 2008

PETUA KESIHATAN...

Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T... .. Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-

1. Susu dgn ikan
2. Cuka dgn susu
3. Buah-buahan dgn susu
4. Daun salad dgn ikan
5. Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dgn daging kering
7. Benda masam dgn benda berasid seperti cuka
8. Cuka dgn nasi
9. Buah delima dgn serunding
10. Telur dgn ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yg perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya drp cara pemakanan diatas)
2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengahari.
4. Jangan makan buah selepas makan.
5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8. Makan sedikit waktu malam (awet muda,sunnah nabi)
9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor Ust Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Tarmizi & Ibn Hibban)

Selasa, Ogos 26, 2008

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna,walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik & selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia x suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat.Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani & nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian & tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras & tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri & bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat & sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat & rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya & mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia x suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, & dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebih atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Rahsia Tandatangan Anda

1. Satu garisan di bawah tandatangan
* Seorang yang sangat yakin * Ada personaliti yang hebat * Agak selfish * Percaya yang kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tandatangan
* Anda romantik * Mudah tukar pasangan macam tukar baju * Memilih kecantikan ( bagi lelaki )* Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik ( bagi wanita )* Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tandatangan
* Anda kelihatan mudah & tenang * Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai ( dikhianat )

4. Tiada garisan / titik di bawah tandatangan
* Enjoy dengan hidup anda * Ikut gaya & cara anda sendiri * Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tandatangan yang tak ada kaitan dengan nama
* Anda sentiasa berusaha supaya smart * Suka berselindung * Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup * Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
* Anda cerdik tapi kurang nak berfikir * Anda cepat menukar pandangan & idea

7. Tandatangan huruf satu-satu, tak bersambung
* Seorang yang sangat prihatin * Tak pentingkan diri sendiri * Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain * Seorang pemikir * Seorang yang mudah serik


8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
* Seorang yang sangat baik * Boleh seimbangkan diri dalam apa jua keadaan / dengan siap jua anda berurusan * Tegas dengan pendapat sendiri * Ada semangat yang tinggi

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Memicit atau memgang hidung
1- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan. Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai. ·

2- Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri. Pentingkan diri sendiri. Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat ·

3- Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi. Pandai berjenaka. Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati. Jenis open minded ·

4- Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain. Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja·

5- Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara. Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati ·

6- Memintal hujung rambut
Suka berkhayal. Sukar diperdayakan. Keras kepala ·

7- Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya. Suka mendengar masalah teman2. Setia dlm persahabatan ·

8- Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri. Peramah. Suka bergantung pada orang lain ·

9- Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang. Suka berterus terang dan tidak suka ckap berbelit2. Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu ·

10- Memutar cincin
sangat menepati janji. berhati2 dlm tutur kata. gemar hidup yang teratur .