Rabu, Februari 23, 2011

Alamak, malunya aku!

Dalam entri kali ini ingin aku kongsikan sebuah cerita lucu di suatu malam di tempat aku bekerja. Begini kisahnya. Malam itu adalah giliran kumpulan A bertugas di bilik gerakan yang baru sahaja beroperasi selama empat hari termasuk hari di mana aku bertugas pada malam tersebut bersama dengan seorang lagi staf wanita di pejabat itu. Ketika hendak memulakan cerita ini, aku akan tergelak seorang diri kerana mengingat peristiwa yang memalukan sedikit hingga terbawa-bawa ke dalam tidur...ish, ish, ish (sampai mcm tu skali)

Maka dimulakanlah cerita. Selepas menunaikan solat maghrib, aku dihantar ayah ke pejabat untuk memulakan tugas pada malam itu. Setibanya aku di bilik gerakan, di situ kulihat ada beberapa orang yang telah sampai awal dan melakukan kerja masing-masing. Seperti biasa, 'hotline' bilik gerakan yang beroperasi pada malam itu tidaklah sesibuk mana jika dibandingkan pada siang hari. Maka dipendekkan sedikit ceritanya, setibanya aku di sana aku duduk bersembang dengan seorang staf wanita yang sama-sama bertugas denganku malam itu yang ingin kukenalkan sebagai Kak P sahaja. Kak P memang seorang yang sangat peramah dan pandai bercerita. Tambah-tambah lagi dia seorang yang kuat ketawa. Kira dia tu, cerialah orangnya. Hehe. Sambil-sambil bercerita, perut pula terasa lapar. Nasib baiklah makanan untuk malam tu dah ditempah awal. Jadi dalam jam 8 lebih tu makanan sudahpun sampai. Kami di bilik tu pun mulalah menjamu selera. Sedap bebeno menu malam tu. Ada ayam masak merah lagi. Makanan kegemaran aku. Terbukalah selera aku malam tu. Selesai sahaja makan, kami kembali melakukan kerja masing-masing.

Sekitar jam 9 malam, bos ku yang hanya ingin aku kenalkan sebagai En. K telah memberi arahan sekiranya tidak ada apa-apa panggilan pada malam itu, kami dibenarkan balik awal. Dan beliau terpaksa keluar awal bersama-sama dengan seorang staf atas urusan kerja. Jadi, aku dan yang lain pun menunggu di bilik itu sekiranya ada apa-apa panggilan masuk. Sementara menanti, aku dan Kak P keluar dari bilik gerakan menuju ke bilik pejabat untuk bersembang dengan seorang pegawai wanita yang kebetulan menginap di bilik pejabat pada malam itu. Namanya aku tak begitu pasti. Tapi tak perlulah rasanya disebutkan namanya siapa. Selesai sahaja bersembang, kami pun keluar menuju semula ke bilik gerakan. On the way hendak ke bilik gerakan, terserempak pula dengan En. A. Seorang PPT. Dia menegurku, aku pun membalas tegurannya semula. Baik orangnya. Dan, disebabkan lampu tangga pejabat tak berapa nak terang atau a.k.a malap malam tu, aku tak nampak dengan jelas seorang lagi rakan yang datang bersama-sama dengan En. A tadi. Yang aku tahu, aku melihat dengan sekilas pandang sahaja lalu terus masuk ke bilik gerakan. Bersembang lagi dengan En. A. Rakannya pula aku tak pasti di mana. Mungkin duduk di luar. Bersembang-sembang agaknya dengan yang lain. Ok, ok, kita sambung cerita kita.

Di mana dah aku tadi. Banyak melalut pulak aku kan. Kata nak pendekkan cerita, tapi yang ni dah terlebih dah. Hii... Jangan mare ek. Tak lama kemudian, telefonku berdering. Eh! bukan. Telefon bilik gerakan yang berbunyi. Hihi. Saja je. Nak melambatkan cerita. Adoii. Kalau macam ni, bila la cerita ni nak habis. Asyik dok melalut je. Cepatlah abiskan cerita tu. Ok, Ok. Cerita diteruskan. Di sinilah part yang bagi aku memang memalukan diriku pada malam itu. Kalau ikutkan hati, rasa nak sorok je muka ni kat mana-mana. Asalkan orang yang akan aku ceritakan di sini tak nampak muka aku. Sebab aku memang dah terlalu malu malam tu. Hinggakan hari-hari seterusnya pada hari berlangsungnya Program Sejiwa Senada yang diadakan baru-baru ini, jika aku ternampak beliau, mahu sahaja aku mengelak ataupun buat-buat tak tahu. Hai, sampai tahap tu peristiwa malam tu memberi kesan padaku.

Jam hampir menunjukkan pukul 10 malam. Dalam sekitar pukul 9.50 malam, telefon berbunyi. Panggilan dari bosku. Meminta aku menelefon En. E untuk meminta pengesahan lanjut tentang tetamu kenamaan yang tidak jadi check in hotel pada hari sepatutnya beliau check in. Tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tetamu kenamaan tersebut tidak dapat berbuat demikian. Selepas mendapatkan maklumat daripada En. E, aku diminta untuk menelefon seseorang yang namanya M (tak perlu disebut agaknya nama sebenar M ni kan).Betul tu. Tak perlu. Hehe. Ketika hendak mendail nombor hp M ni tadi, aku agak confuse adakah orang ini seorang wanita ataupun lelaki? Kerana nama membuat aku jadi keliru. Apatah lagi tidak diletakkan gelaran di depan namanya. Misalannya, Encik ke, Puan ke, Cik ke. Jadi, tidaklah aku kebingungan malam tu. Tapi apa boleh buat, dah nama je yang ada, aku mulalah mendail nombor hp beliau. Sementara menunggu panggilanku dijawab, aku berkata-kata dalam hati, jika orang bernama M ini tadi perempuan, maka aku akan panggil Puan/Cik dan sekiranya lelaki sudah tentunya Encik lah kan. Bukan begitu.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara.....jeng jeng jeng. Cuba teka. Dugaanku benar, kedengaran suara seorang lelaki. Ya, betul. Jadi, aku pun segera memanggil beliau sebagai En. M. Dipendekkan cerita, aku pun menjelaskan perkara yang telah disampaikan oleh En. E padaku melalui perbualan telefon tadi kepada beliau. Agak takut-takut jugak aku bercakap dengan En. M masa tu. Tapi aku tetap memberanikan diri untuk bercakap dengannya. Kemudian...bersambung di perenggan baru. Hihi

Setelah selesai berbual bicara melalui telefon dengan En. M, sekali lagi aku menelefon En. E untuk mendapatkan sekali lagi kepastian tentang masalah yang timbul berkaitan bilik hotel yang telah ditempah untuk tetamu kenamaan yang tidak jadi check in pada hari itu. Jadi sedang aku sibuk bercakap dengan En. E, kelihatannya En. A baru sahaja masuk ke bilik gerakan bersama dengan rakan beliau yang tidak aku cam ketika di tangga tadi. Masih lagi aku melanjutkan perbualan di telefon dengan En. E berkenaan perkara tadi. Tetiba, rakan En. A tadi, duduk di kerusi yang terdapat di sebelah kananku. Beliau memandang aku, aku pun ikut memandang beliau. Tapi, pandangan beliau tadi kelihatannya agak serius. Mungkin ada sesuatu yang ingin dibicarakannya. Selesai sahaja berbual dengan En. E, rakan En. A tadi pun mula memulakan bicara. Beliau menyatakan tentang bilik hotel yang ditempah untuk tetamu kenamaan itu masih lagi kekal tidak diberikan kepada tetamu lain. Wah, senangnya hatiku mendengar berita gembira itu. Syukur masalah sudah selesai untuk malam itu.

Maka, tibalah ke kemuncak akhir cerita di mana inilah saat-saat yang akan aku ingat tidak tahu sampai bila. Sampai bila la agaknya ye..? ;-)

Apabila selesai sahaja perkabaran gembira daripada rakan En. A tadi berkenaan bilik hotel tersebut, aku pun dengan perasaan yang terlalu excited kata orang dan yakin sekali, hendak memberikan kabar gembira itu kepada En. M tadi. Izinkan aku menyelitkan sedikit dialogku pada malam itu:

'Ok, kalau macam tu, saya nak call En. M,lah.' kata-kata ini aku tujukan kepada En. A yang kebetulan berdiri di sebelahku. Dengan tak semena-mena, En. A tiba-tiba mentertawakanku. Kenapa pulak En. A ketawakan aku? Hurmm?? Lalu berkatalah En. A sambil ketawa besar padaku, yang lebih kurang berbunyi 'Buat apa nak call, ya orangnya sebelah kitak ya!'
Apa????? Rupa-rupanya orang yang duduk berbual di sebelahku tadi dan rakan yang datang bersama En. A tadi adalah EN. M sebenarnya. Malunya aku! Semalu-malunya. Hingga hampir saja aku hendak keluar daripada bilik gerakan itu. Kebetulan ramai pula yang berada di bilik gerakan tersebut malam tu, jadi semuanya berpakat mentertawakan aku beramai-ramai. Ish...ish..ish. Hinggakan ayahku yang turut sama ada di bilik tu pun, mentertawakanku. Apalah nasib. Manakala, reaksi En. M tidakku tahu bagaimana. Nak tak nak, aku control malu malam tu. Hinggakan aku hampir terlupa hendak menyampaikan pesanan akhir tentang details yang perlu aku sampaikan pada En. M sebelum pulang. Aku segera hendak bergegas pulang sebab malu makin menjadi-jadi. Dan, setibanya di rumah, selesai sahaja solat Isya', dan ketika hendak tidur pun, aku masih tergelak sendiri mengingat peristiwa yang memalukan aku malam itu. Malu semalu-malunya aku tak terkata. Aduh2x.

Walaupun peristiwa pada malam itu sudah lebih 2 minggu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatanku. Kalau di'refresh' balik ceritanya, confirm aku gelak. Haha. Bahkan aku akan tertawa sendirian jika teringat kembali peristiwa malam tu. Jadi, sebelum aku mengakhiri cerita ini, ingin sekali aku kongsikan satu pengajaran bahawa, sebelum kita bercakap dengan seseorang, perkenalkanlah diri anda dahulu. Hehhe...

Setakat di sini saja dahulu, kita bertemu di entri akan datang.

Salam malu-malu dari;
Cik D.