




Pada 31 Ogos 2008 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM), telah turun padang untuk sama-sama menyertai hari perarakan kemerdekaan yang telah diadakan di Queensbay. Perarakan persatuan ini telah diketuai oleh Prof Madya Ar Dr Abdul Majid Bin Ismail selaku penyelia PSSCMUSM. Pemegang sepanduk ialah saudari Ani iaitu exco PSSCMUSM untuk sesi 2008/2009. Manakala, panji-panji telah dibawa oleh saudara Din (bendera Pulau Pinang), saudara Azlizal (bendera Malaysia) dan saudara Azim (bendera PSSCM). Semoga kemerdekaan yang kita kecapi hari ini akan berkekalan hinggalah ke masa hadapan. InsyaAllah. Bersama-samalah kita memelihara kedaulatan negara kita yang tercinta ini.
3 ulasan:
best perarakan..rugi xdapat hadir..4 tahun lg InsyALLAH
alahai..ruginye xdpt pi..rindu silat cekak malaysia usm..huhuhu.bak kata abgfiz 4thn lg jumpa..walaupun jauh..semangat tetap membara
jgn la sedeh kak izza..huhu..InsyaAllah, ada rezeki kita smua akn jpa lagi. tp, dyg dh xde lg kt usm ni..sedehnyee..apapun, dyg hrp dpt mnaburkn jasa dlm silat cekak lg..InsyaAllah.
Catat Ulasan